Friday, 30 September 2011

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa ke dua.

Mengamalkan nilai-nilai murni  dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.

Mempunyai kemahiran kognitif, untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

Mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Wednesday, 28 September 2011

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dann harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.