Saturday 22 October 2011

MATLAMAT KSPK

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci :
  •         Menyuburkan (Enriching)
  •         Aktif Penglibatan (Engaging)
  •         Selamat (Safe)
  •         Seronok (Fun)

Tuesday 18 October 2011

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang, di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu , mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan mereka  mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

Wednesday 12 October 2011

VISI DAN MISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

VISI
Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia



MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara