Saturday 10 December 2011

My Macro Teaching


Mengajar menggunakan Macro Teaching di dalam kelas.

p/s: maaf, kualiti video kurang memuaskan.

Wednesday 7 December 2011

My Micro Teaching


Menggunakan Micro Teaching semasa mengajar didalam kelas. Cara ini mampu menarik perhatian murid untuk belajar dan memudahkan mereka memahami sesuatu yang dipelajari dengan mudah.

*maaf, kualiti video kurang memuaskan

Monday 14 November 2011

REKABENTUK KURIKULUM

Terdapat dua jenis rekebentuk kurikulum iaitu:
  • kurikulum berdasarkan Standart
  • kurikulum berdasarkan Modular

Tuesday 8 November 2011

OBJEKTIF KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut:

Jasmani:
        Mempunyai tubuh badan yang sihat
        Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
        Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
        Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
        Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan  motor kasar

Emosi:
          Mempunyai konsep kendiri yang positif
          Mempunyai keyakinan diri
          Mempunyai jati diri
          Berani mencuba
          Mempunyai kematangan emosi
          Menghormati perasaan dan hak orang lain
          Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan         

Intelek:
       Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Malaysia
    (membaca, menulis dan bertutur)
        Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
        Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina
    (untuk yang berkenaan)
        Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil
    (untuk yang berkenaan)
        Memperolehi kemahiran proses sains asas
     •        Memperolehi kemahiran matematik asas
     •        Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran
         menaakul








        Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
        Mempunyai daya kreatif dan estetika
        Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:
       Mengamalkan nilai murni
       Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

      Sosial:
          Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
          Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan  
     sebaya.
          Menyuarakan pandangan dan perasaan.
          Bekerjasama dengan orang lain.


Saturday 22 October 2011

MATLAMAT KSPK

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci :
  •         Menyuburkan (Enriching)
  •         Aktif Penglibatan (Engaging)
  •         Selamat (Safe)
  •         Seronok (Fun)

Tuesday 18 October 2011

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang, di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu , mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan mereka  mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

Wednesday 12 October 2011

VISI DAN MISI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

VISI
Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia



MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara 






Friday 30 September 2011

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa ke dua.

Mengamalkan nilai-nilai murni  dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.

Mempunyai kemahiran kognitif, untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

Mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Wednesday 28 September 2011

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dann harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.